PLKN Sembrong Batu pahat, Johor
kumpulan 2 siri 9 2012




  Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian, saya disini ingin menceritakan pengalaman saya semasa di kem PLKN Sembrong Batu Pahat, Johor. Semasa mula-mula sekali saya rasa macam tak nak pergi, geram, marah dan sebagainya kerana kawan-kawan saya mengejek saya "Botak lah kau" "Hitam lah kau", patutnya sebagai kawan memberi semangat untuk kita malah dia mengejek kita, tetapi ada lah jugak kawan yang baik hati memberi semangat kepada saya, saya tersangat-sangat terima kasih kepada korang yang memberi semangat untuk  saya pergi ke PLKN, tak apa ini satu dugaan dan cobaan buat saya. Bersabar dan terus bersabar akhirnya  saya pon terpaksa pergi ke PLKN, first-first masuk pintu gerbang Kem PLKN Sembrong  macam penjara,  saya anggap yang saya ini seperti banduan tetapi tidak sebenarnya dia hanya mengajar ertinya hidup berdikari, first-first masuk memang pada saya bosan tetapi akhir-akhir/hujung-hujang sekali saya macam tak nak meninggalkannya, rasa macam Kem PLKN Sembrong sudah sebati dengan saya. Dekat situ juga saya dapat banyak pengalaman, kawan-kawan berbagai bangsa, negeri dan juga agama. Akhirnya sekali saya baru tahu ertinya hidup sebagai orang islam, susah, senang, peraturan dan berbakti kepada negara, saya tak akan lupa jasa-jasa jurulatih Kem PLKN sembrong yang mendidik/mengajar saya sampai sekarang dan juga kepada kompeni Bravo yang sering berkejasama tidak kira susah atau senang sampaikan kompeni kita menjadi juara, I Love you all kompeni Bravo, hanya Allah sahaja membalas jasa korang semua, insyaallah. Sampai sini sahaja yang saya mahu mencerikan dengan akhir kata saya memohon maaf jika saya ada terkasar bahasa , maafkannya tau ok , sekian terima kasih, Assalamualaikum wbt.



In Memory 2011

                                                       

                               
   Hai korang yang masih sekolah dan yang tidak masih sekolah lagi seperti saya, saya rindu sekolah macam saya ingin nak masuk sekolah balik, tapi nak buat macam manakan sudah berakhirnya zaman persekolahan saya, tapi saya bersyukur kerana saya dapat menamatkan pelajaran saya daripada form 1 hingga ke form 5 dan saya tidak lupa akan jasa cikgu kepada anak muridnya untuk mengajar dan mendidik anak muridnya supaya berjaya, terima kasih cikgu hanya Allah S.W.T membalas jasa cikgu. Gambar yang di atas banyak 1000 makna buat saya, saya rindu kawan-kawan kelas dan rindu cikgu mengajar, marah, cubit-cubit dan sebagainya, kepada yang masih bersekolah jangan sia-siakan persekolahan anda dengan bermain dan sebagainya, fokus kepada pelajaran anda kerana pelajaran menentukan hala tuju korang, kepada form 3 yang menduduki PMR buat yang terbaik ok, jika anda gagal bukan anda gagal buat selamanya dan kepada juga student yang menduduki SPM pada tahun ini, jangan sia-siakan dengan membuang masa, berhibur dan sebagainya, fokus kepada SPM kerana SPM penentu segalanya. Ceriakan ibu/bapa anda dengan tangisan gembira ok. Good Luck guyss !!.